top of page

Issue

Written on 29th April 2024

THE BRICKS FOKUS BIDANG KEUSAHAWANAN BAGI SISWA-SISWI USM

Timbalan Naib Canselor Profesor, Dr Shaharom (dari kanan), Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Profesor Dr Azizah Omar dan Pengarah Projek, Muhammad Dinie Ifwat semasa di majlis perasmian program. GAMBAR Nuril Izni Zakaria

KAMPUS INDUK, 29 April – The Bricks, Universiti Sains Malaysia telah mengajurkan Program Social Entrepreneurship Festival @ The Bricks iaitu festival makanan pada 23 hingga 26 April 2024 di hadapan The Bricks.

​

Pengarah Projek, Muhammad Dinie Ifwat, Bahasa, Literasi dan Terjemahan 3, menyatakan projek ini bertujuan memberi kesedaran kepada siswa-siswi USM dan orang awam bahawa keusahawanan wujud dalam pelbagai bentuk.

​

Hal ini demikian kerana masih ramai yang belum tahu bahawa ‘keusahawanan sosial’ merupakan medium untuk membantu mengatasi pelbagai isu sosial yang berlaku dalam komuniti di negara ini.

​

“Pihak The Bricks tidak mengeluarkan sebarang modal kerana program yang dijalankan ini adalah atas dasar kolaborasi di mana kedua-dua pihak, The Bricks dan Station Fiesta untuk mendapatkan keuntungan atau ‘win-win situation’,” tambah beliau lagi semasa ditemubual di The Bricks.

​

Beliau turut mengatakan pihak pengurusan The Bricks sememangnya mempunyai rancangan untuk menjalankan pelbagai jenis program lain berfokuskan kepada penyertaan siswa-siswi USM sama ada secara terbuka atau penyertaan wajib sesetengah kumpulan pelajar USM.

​

“Pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini ialah pihak The Bricks dan pihak Sektor Inovasi dan Keusahawanan Pelajar (SIKP) serta Pusat Pembangunan Pelajar. Manakala, Station Fiesta adalah rakan kolaborasi bagi program tersebut,” katanya lagi.

​

Salah seorang pengunjung, Wong Qian Ying, Seni 1, mengatakan bahawa program ini merupakan salah satu alternatif yang baik untuk memberikan pendedahan kepada siswa-siswi USM berkenaan keusahawanan.

​

“Saya melihat ramai peniaga di sini adalah dalam kalangan siswa-siswi USM sendiri. Hal ini secara tidak langsung boleh mengasah bakat mereka dalam dunia keusahawanan memandangkan kita sendiri faham bahawa Malaysia merupakan negara yang kian bergiat aktif dalam dunia keusahawanan,” tambah Wong ketika ditemubual.

​

Selain daripada jualan makanan yang diadakan di sana, The Bricks turut memilih untuk menempatkan ‘booth’ baju terpakai. Dinie menyatakan bahawa pihak beliau mempertimbangkan jualan ‘bundle’ kerana trend semasa di mana golongan belia lebih suka ‘thrifting’ daripada membeli pakaian di pusat beli- belah.

​

“Kita juga perlu mengetahui trend atau perkembangan semasa supaya kita tidak akan ketinggalan dalam bidang keusahawanan memandangkan bidang ini lebih kepada keuntungan dan kerugian,” kata Dinie lagi.

​

Beliau turut berharap agar lebih ramai siswa-siswi USM yang menyertai program yang berkaitan keusahawanan supaya dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang keusahawanan.

Antara pengunjung yang menghadiri Program Social Entrepreneurship Festival @ The Bricks.(Gambar oleh Nuril Izni Zakaria)

Text: Nuril Izni Zakaria/ Photo: Nuril Izni Zakaria

Created on:  29th April 2024

LOGO.png
logo-usm-baru-transparent-removebg-preview.png

C10, Balai Media, School of Communication, 10, Lengkok Sastera, 11800 Gelugor, Pulau Pinang

04-6533600

Stay informed, with us 

Thanks for subscribing!

bottom of page