top of page

Feature Article

Written on 31th May 2024

IMPIAN MENJADI KENYATAAN: KEUSAHAWANAN PATRICK TANG 
photo_2024-06-19_16-20-55.jpg

Patrick sedang membancuh kopi kepada pelanggan. (Gambar oleh Chen Ke En)

Dalam masyarakat modern yang serbacepat ini, banyak orang kehilangan keberanian untuk mengejar impian mereka di tengah-tengah rutin harian yang sibuk. Namun, masih ada seorang individu yang melalui ketekunan dan upaya sendiri berani mengambil risiko membuka perniagaan sendiri. Individu ini adalah Patrick Tang Chow Hee, seorang pekerja biasa yang kini telah memiliki empat kedai makanan yang berjaya. Kisahnya sarat dengan kesulitan, perjuangan, serta harapan dan pencerahan. 

​

Patrick Tang Chow Hee, 54 tahun, seorang lelaki yang berasal dari Ipoh, Perak. Mula-mulanya, beliau telah memulakan perniagaan dalam sektor hortikultur dan membuka sebuah kedai bunga yang bernama “ASOW Craft & Landscaping”. 

​

Pada tahun 2018, beliau telah memulakan perniagaan makanan pertamanya yang bernama “ASOW Eatery Station” yang terletak di sebelah kedai bunga.  Idea perniagaan makanan ini tercetus bahawa pelanggan yang biasanya melawat ke kedai bunga bukannya semua ahli keluarga yang berminat. Oleh itu, mereka dapat menghabiskan masa di restoran sementara menunggu ahli keluarga yang berurusan di kedai bunga.

​

Menurut Encik Patrick, ‘ASOW’ telah dipilih sebagai nama perniagaan kerana mengandungi unsur yang mesra dan erat antara ketiga- tiga kaum utama di Malaysia iaitu bahasa tidak formal yang bermakna wanita yang setengah baya. 

​

Sebelum Encik Patrick membuka kedai makanan pertama iaitu ASOW Eatery Station, beliau telah bertindak untuk belajar teknik- teknik membancuh kopi dari guru yang profesional supaya mampu memberi pilihan yang lebih banyak kepada pelanggan. Selain itu, beliau juga ingin memasukkan pilihan produk yang unik ke dalam menu berbanding restoran lain yang juga terbabit dalam sektor makanan dan minuman supaya perniagaannya mempunyai daya saing dengan pesaing. Hasilnya, kopi telah menjadi salah satu produk unik restoran yang amat disukai oleh pelanggannya. 

​

Encik Seng Chee Weng, adalah seorang pencinta kopi yang mempunyai harapan standard yang tinggi terhadap kualiti kopi. Seng menyatakan bahawa, “ kedai makanan Patrick sangat teliti dalam pemilihan biji kopi dan proses pembuatan kopi. Setiap kali datang ke sini, saya dapat menikmati pelbagai jenis kopi berkualiti tinggi, ia benar-benar satu kenikmatan."

​

Sebelum menjalankan perniagaan makanan, Encik Patrick telah mencari seorang tukang masak yang profesional iaitu Wilson Soo sebagai rakan kongsi untuk bekerjasama menguruskan perniagaan tersebut. Tugasan masing-masing telah diagihkan dengan jelas iaitu Encik Patrick yang bertanggungjawab dalam pengurusan seperti merekrut pekerja, manarik minat pelanggan dan mencari pembekal bahan makanan manakala Wilson Soo bertanggungjawab dalam masakan. Pengetahuan dan pengalaman masing- masing telah memberi impak positif kepada perniagaan dengan mengembang secara lancar dan menuju ke arah kejayaan.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

Salah satu yang amat keunikan dalam kedai makanan Encik Patrick adalah menanam  pelbagai jenis tumbuh- tumbuhan yang hidup. Walaupun terdapat kedai makanan lain yang mengamalkan idea ini pada masa serentak, beliau yakin bahawa rekaan ini akan menarik pengaliran pelanggan yang tidak akan putus ke kedai sendiri. Hal ini kerana pemeliharaan tanaman dalam bilik memerlukan perbelanjaan yang besar, kemahiran serta pengetahuan tertentu untuk menjaga dengan baik.

​

Kebanyakan restoran yang menggunakan perekaan ini telah berputus asa dan mengambil alihkan tanaman hidup dengan tanaman plastik. Sebaliknya, Encik Patrick yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang hortikultur mampu mengekalkan kecantikan dan kelestarian tanaman dalam kedainya. Rekaan ini berjaya menjadi keunikan utama restoran dan mendapat kepujian yang tinggi daripada ramai pelanggan.

​

Encik Patrick merupakan seorang usahawan yang berorientasikan matlamat. Sebelum memulakan perniagaannya, beliau telah menetapkan matlamat yang mendorongnya untuk fokus kepada perkembangan dan kejayaan perniagaannya.

​

 “Saya menetapkan matlamat perniagaan adalah membuka cawangan di lokasi yang berbeza berdasarkan permintaan pelanggan,” kata Patrick.

 

Tujuan utama membuka cawangan adalah untuk memenuhi cita rasa pelanggan yang berubah- ubah dan meluaskan pasaran. Sepanjang tiga tahun menguruskan perniagaannya, beliau telah berjaya membuka dua buah cawangan iaitu “ASOW Eatery Canteen” dan “Coffee Breaks” yang masing- masing terletak di Ipoh dan Cameron. 

​

Sebagai pemimpin organisasi, Encik Patrick mempraktikkan kemahiran antara perorangan dengan ampuh terhadap semua ahli organisasi dan bekerja secara efektif dengan semua pihak. Sebagai contoh, beliau melayani pekerja seperti kawan yang berhubungan erat dan mematuhi sebarang pendapat yang diberikan oleh pekerja. Tujuan ini adalah untuk membolehkan pekerja dapat bekerja di sisinya tanpa tekanan. 

​

Ngan Chun Hang, pekerja berada di kedai makanan Patrick selama dua tahun. Dia mengatakan bahawa Encik Patrick adalah seorang pemimpin yang sangat memahami dan penyayang. 

​

“Apabila saya mempunyai masalah, saya akan berkongsi dengan beliau kerana saya tahu dia akan mendengar dengan teliti dan memberi cadangan yang sesuai kepada saya,” kata Ngan. 

​

Encik Patrick merancang untuk mengembangkan restorannya ke bandar lain. Beliau berharap agar melalui  kaedah francais, lebih ramai orang dapat menikmati kopi dan makanan  yang dibuat olehnya. Beliau juga berharap setiap orang boleh berani mengejar impian mereka sendiri dan tidak membiarkan diri mereka hidup dalam penyesalan.

photo_2024-06-19_16-20-57.jpg

Ini adalah kedai makanan Patrick yang pertama terletak di Ipoh.

(Gambar oleh Chen Ke En)

Text: Chen Ke En/ Photo: Chen Ke En

LOGO.png
logo-usm-baru-transparent-removebg-preview.png

C10, Balai Media, School of Communication, 10, Lengkok Sastera, 11800 Gelugor, Pulau Pinang

04-6533600

Stay informed, with us 

Thanks for subscribing!

bottom of page