top of page

Issue

Written on 25th May 2024

MPD RESTU AMBIL LANGKAH UNITY CYCLE BENTUK SISWA-SISWI PRATIK SDG

Antara baju dan beg yang dikumpulkan oleh MPD Restu dalam program Unity Cycle. Gambar oleh Nuril Izni Zakaria.

KAMPUS INDUK, 25 Mei 2024 – Unity Cycle merupakan program yang bertemakan kitar semula telah dilancarkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) bermula dari 19 April hingga 1 Julai 2024 di Desasiswa Restu Universiti Sains Malaysia (USM). 

​

Program ini berkolaborasi dengan Green Resource Recovery Sdn. Bhd.  yang berada di bawah SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) dimana mereka akan datang pada setiap hujung bulan ke Desasiswa Restu untuk membeli dan mengutip barangan yang boleh dikitar semula. 

​

Pengarah Projek bagi Unity Cycle, Intan Amiera Farisha Binti Sharuddin, Teknologi Industri 1, menyatakan bahawa program ini diilhamkan dari program Restu Alam yang pernah diadakan sebelum ini. Restu Alam ialah program mengumpul plastik botol di setiap aras M01 dan M02.

​

“Program Unity Cycle ini berfokuskan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ke-12 iaitu Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (Responsible Consumption and Production). Program ini bukan sahaja memfokuskan pengumpulan plastik botol malah memfokuskan pada pengumpulan kertas, tin aluminium, pakaian dan juga minyak terpakai,” tambah Intan. 

​

​

Salah seorang staf USM yang turut-serta dalam mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula di Kafeteria Restu Saujana. Gambar oleh Nuril Izni Zakaria.

Beliau turut menyatakan barangan kitar semula akan dibawa dan dibeli oleh Green Resource Recovery Sdn. Bhd. ke pejabat utama mereka iaitu di negeri Kedah.

​

“Memandangkan matlamat dan sasaran utama program Unity Cycle adalah untuk memelihara alam sekitar dengan mengadakan aktiviti pengurusan sisa pepejal di sekitar kawasan Desasiswa Restu, saya amat berharap agar lebih banyak penyertaan daripada siswa-siswi USM pada masa akan datang.

Siswa USM, Luke Teoh Rong Guang, Language, Literacies and Translation 3, menyatakan bahawa program ini bukan sahaja dapat menanamkan sifat keprihatinan terhadap alam sekitar dalam diri siswa-siswi USM, namun program ini merupakan cara termudah untuk mendapatkan mata MyCSD.

​

“Saya dan rakan-rakan telah mengumpulkan beberapa botol plastik dan pakaian yang tidak digunakan untuk dikitar semula semasa pengumpulan barangan kitar semula di Kafeteria Restu Saujana pada setiap petang Jumaat dan Sabtu,” katanya lagi. Luke juga menyokong idea yang dipratikkan oleh MPD Restu dalam mempromosikan penggunaan SDG 12 dalam kehidupan harian. 

​

“Namun begitu, saya berharap agar pihak MPD Restu mempertimbangkan untuk menjalankan program ini dengan lebih meluas lagi seperti menjalankan pengumpulan barangan kitar semula di kafeteria desasiswa lain supaya dapat mencapai lebih banyak penyertaan dari siswa-siswi USM. Hal ini demikian kerana Kafeteria Restu Saujana terletak agak jauh dari kawasan yang strategik untuk siswa-siswi datang dan menghantar barangan kitar semula,” tambah Luke.

​

Beliau menyeru siswa-siswi termasuklah staf USM untuk turut-serta dalam program yang dapat melatih diri dalam mempratikkan SDG serta memberikan peluang untuk mendapat mata MyCSD bagi siswa-siswi yang berdepan kesukaran dalam mendapatkan penempatan desasiswa pada sidang akan datang.

Text: Nuril Izni Zakaria/ Photo: Nuril Izni Zakaria

Created on 25th May 2024 

LOGO.png
logo-usm-baru-transparent-removebg-preview.png

C10, Balai Media, School of Communication, 10, Lengkok Sastera, 11800 Gelugor, Pulau Pinang

04-6533600

Stay informed, with us 

Thanks for subscribing!

bottom of page