top of page
Sport

Written on 20th May 2024

SKUAD FUTSAL CAHAYA GEMILANG HARAPAN (CGH) BERSEDIA PERTAHANKAN KEJUARAAN DI SUKAD 2024
IMG_4543.HEIC

Skuad futsal CGH sedang menjalani latihan untuk beraksi di Sukad 2024 Fasa 3. GAMBAR Ahmad Imran Mohammad Roslani

Kampus Induk, 20 Mei 2024 - Skuad futsal CGH mahu mempertahankan pingat emas yang dirangkul oleh mereka di Sukad 2024 Fasa 3 yang bakal diadakan di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan pada 25 hingga 26 Mei ini.

​

Pengurus Skuad CGH, Nurul Najla Hisamudin berkata beliau telah pun melakukan persediaan yang awal bagi memastikan skuad dibawah bimbingannya itu berjaya mengekalkan gelaran juara mereka di Sukad 2024 yang akan diadakan nanti.

​

“Sesi latihan dijalankan sebulan lebih awal daripada hari kejadian adalah untuk memastikan semua pemain bersiap sedia dalam apa jua keadaan terutamanya dari segi fizikal dan mental mereka semasa bermain”, kata beliau.

​

Beliau juga berkata bahawa keputusan untuk mengadakan sesi latihan sebulan lebih awal itu adalah disebabkan oleh persaingan yang lebih sengit bakal berlaku di sana, menyebabkan beliau menginginkan pemain yang lebih fokus berbanding sebelum ini. 

 

“Setiap pasukan akan memberikan yang terbaik pada Sukad 2024 kali ini dan perlawanan akan menjadi lebih sengit berbanding sebelum ini, dan perkara ini mendorong kami untuk bekerja lebih keras dan kekal bersatu sebagai satu pasukan”, kata Najla.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemain futsal pasukan CGH, Amreel Akashah Azman berkata perkara yang paling penting dalam sesebuah pasukan untuk merangkul pingat emas adalah kesefahaman sesama ahli pasukan diikuti dengan mempertajamkan keupayaan kami bermain dalam perlawanan kelak.

​

“Pelbagai latihan yang telah kami jalankan semasa sesi latihan seperti menambah baik teknik serangan balas dan pertahanan, serta mempertajamkan lagi tendangan dan tangkapan bola, tetapi hal yang sukar untuk dikecapi adalah kesefahaman dan itu adalah kunci kemenangan kami, jadi ia mengambil masa yang lama untuk setiap pemain membiasakan diri dengan pemain yang lain, oleh sebab itu, kami lakukan latihan lebih awal”, kata Amreel.

​

Skuad futsal CGH pernah bergelar juara di Sukad 2023 yang lalu dengan menumpaskan skuad Aman Damai dengan skor 2-0.

Persediaan yang dilakukan oleh skuad CGH untuk mempertahankan kejuaraan mereka di Sukad 2024 Fasa 3. GAMBAR Ahmad Imran Mohammad Roslani

IMG_4544.HEIC

Text: Ahmad Imran Mohammad Roslani/Photo: Ahmad Imran Mohammad Roslani

LOGO.png
logo-usm-baru-transparent-removebg-preview.png

C10, Balai Media, School of Communication, 10, Lengkok Sastera, 11800 Gelugor, Pulau Pinang

04-6533600

Stay informed, with us 

Thanks for subscribing!

bottom of page