top of page
Sport

Written on 28th May 2024

PASUKAN HOKI USM MULA ASAH RENTAK PERMAINAN

Kampus Induk, 28 Mei 2024 - Pasukan hoki USM mula melakukan pemanasan dan sesi latihan untuk beraksi di Liga Sukan IPT (SUKIPT) yang bakal berlangsung di Stadium Hoki USM bermula dari 28 sehingga 30 Jun 2024 ini.

​

Pertandingan ini membabitkan kerjasama antara Kelab Hoki USM dan Ikatan Mahasiswa Johor USM (IKMAR) dan juga melibatkan 12 pasukan hoki dari universiti dari seluruh Malaysia serta satu lagi pasukan hoki dari negara jiran, Singapura, iaitu Singapore Polythecnic

 

Kapten pasukan hoki USM, Mohamad Arif Esa, berkata bahawa corak permainan pasukan itu memerlukan penambahbaikan lagi untuk menghadapi SUKIPT yang akan diadakan pada bulan hadapan.

 

“Kami menginginkan pasukan yang bukan sahaja boleh memenangkan sesebuah perlawanan, tetapi boleh pergi jauh dan saya amat yakin apabila kami lebih bersedia, pasukan ini mampu melakukan yang jauh lebih baik daripada yang sebelum ini seperti kekalahan kami di pusingan suku akhir pada tahun yang lalu,” kata kapten pasukan hoki itu.

 

“Pertandingan yang ini bukan sahaja menyerlahkan bakat para pemain, tetapi ia juga dapat memberikan pendedahan dan pengalaman yang lebih luas kepada pemain yang baru Sahaja menyertai pasukan hoki USM pada tahun ini,” katanya lagi.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemain hoki USM, Mohamad Farhan menyatakan bahawa pasukan hoki USM itu semakin ‘dahagakan’ pingat emas seterusnya memberikan yang terbaik buat pasukan mereka dalam setiap perlawanan Liga Sukan IPT yang akan diadakan di Stadium Hoki USM nanti.

 

“Sebagai pemain lama yang berada dalam pasukan ini, dan bakal menamatkan pengajian, saya mempunyai Hasrat yang sangat tinggi untuk melakar nama baik di USM dengan memenangkan liga ini”, kata beliau.

​

“Kekalahan yang telah terjadi sebelum ini bukanlah satu penamat untuk saya berhenti daripada berusaha memenangi kejohanan atau liga yang akan datang, tetapi ia berperanan sebagai pembakar semangat untuk saya lebih cekal dalam merangkul pingat emas”, tambahnya lagi.

​

“Hoki telah meningkat di dalam negara kita lebih-lebih lagi apabila pasukan hoki tanah air kita telah berjaya mendapatkan gelaran naib juara atau berada di tempat yang kedua dalam pertandingan piala dunia hoki pada Januari yang lepas. Jadi ianya sedikit sebanyak telah menyuntik semangat kami semua untuk terus mengangkat sukan hoki ini untuk didedahkan kepada siswa-siswi di USM,” katanya lagi.

​

Arif dan Farhan menggesa siswa-siswi di USM untuk memberikan sokongan yang mantap kepada sukan hoki dengan terus menyokong usaha mereka dalam memartabatkan sukan ini.

Picture1.png

Liga Sukan (SUKIPT) bakal diadakan diadakan pada 28 sehingga 30 Jun 2024 ini di Stadium Hoki USM. SUMBER Muhammad Farhan

Text: Ahmad Imran Mohammad Roslani/Photo: Muhammad Farhan

LOGO.png
logo-usm-baru-transparent-removebg-preview.png

C10, Balai Media, School of Communication, 10, Lengkok Sastera, 11800 Gelugor, Pulau Pinang

04-6533600

Stay informed, with us 

Thanks for subscribing!

bottom of page