top of page

Search Results

54 results found with an empty search

  • cgh futsal - imran | Berita Kampus Daily

    Sport Written on 20th May 2024 SKUAD FUTSAL CAHAYA GEMILANG HARAPAN (CGH) BERSEDIA PERTAHANKAN KEJUARAAN DI SUKAD 2024 Skuad futsal CGH sedang menjalani latihan untuk beraksi di Sukad 2024 Fasa 3. GAMBAR Ahmad Imran Mohammad Roslani Kampus Induk, 20 Mei 2024 - Skuad futsal CGH mahu mempertahankan pingat emas yang dirangkul oleh mereka di Sukad 2024 Fasa 3 yang bakal diadakan di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan pada 25 hingga 26 Mei ini. ​ Pengurus Skuad CGH, Nurul Najla Hisamudin berkata beliau telah pun melakukan persediaan yang awal bagi memastikan skuad dibawah bimbingannya itu berjaya mengekalkan gelaran juara mereka di Sukad 2024 yang akan diadakan nanti. ​ “Sesi latihan dijalankan sebulan lebih awal daripada hari kejadian adalah untuk memastikan semua pemain bersiap sedia dalam apa jua keadaan terutamanya dari segi fizikal dan mental mereka semasa bermain”, kata beliau. ​ Beliau juga berkata bahawa keputusan untuk mengadakan sesi latihan sebulan lebih awal itu adalah disebabkan oleh persaingan yang lebih sengit bakal berlaku di sana, menyebabkan beliau menginginkan pemain yang lebih fokus berbanding sebelum ini. “Setiap pasukan akan memberikan yang terbaik pada Sukad 2024 kali ini dan perlawanan akan menjadi lebih sengit berbanding sebelum ini, dan perkara ini mendorong kami untuk bekerja lebih keras dan kekal bersatu sebagai satu pasukan”, kata Najla. ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ Pemain futsal pasukan CGH, Amreel Akashah Azman berkata perkara yang paling penting dalam sesebuah pasukan untuk merangkul pingat emas adalah kesefahaman sesama ahli pasukan diikuti dengan mempertajamkan keupayaan kami bermain dalam perlawanan kelak. ​ “Pelbagai latihan yang telah kami jalankan semasa sesi latihan seperti menambah baik teknik serangan balas dan pertahanan, serta mempertajamkan lagi tendangan dan tangkapan bola, tetapi hal yang sukar untuk dikecapi adalah kesefahaman dan itu adalah kunci kemenangan kami, jadi ia mengambil masa yang lama untuk setiap pemain membiasakan diri dengan pemain yang lain, oleh sebab itu, kami lakukan latihan lebih awal”, kata Amreel. ​ Skuad futsal CGH pernah bergelar juara di Sukad 2023 yang lalu dengan menumpaskan skuad Aman Damai dengan skor 2-0. Persediaan yang dilakukan oleh skuad CGH untuk mempertahankan kejuaraan mereka di Sukad 2024 Fasa 3. GAMBAR Ahmad Imran Mohammad Roslani Text: Ahmad Imran Mohammad Roslani/Photo: Ahmad Imran Mohammad Roslani

  • masjid al busyra - izni | Berita Kampus Daily

    Feature Article Written on 31th May 2024 MASJID AL-BUSYRA JADI TARIKAN PENGUNJUNG DENGAN KEUNIKANNYA Gambar menunjukkan ruang taman permainan mini yang terletak dalam masjid. Gambar oleh Nuril Izni Zakaria. Keunikan Masjid Al Busyra telah menjadi tarikan pengunjung dengan pelbagai fasiliti yang disediakan sehingga menjadi sebuah masjid luar bandar yang dikenali ramai. Masjid Al Busyra terletak di Merbok, Kedah mengekalkan konsep ‘one stop centre’ sebagai tempat persinggahan kepada orang ramai dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di masjid tersebut. ​ Melalui aplikasi TikTok dan Instagram, Masjid Al Busyra kian menjadi perhatian ramai dengan pelbagai fasiliti yang ditawarkan seawal pembinaan masjid tersebut. Hal ini demikian kerana Imam Masjid Al Busyra, Ustaz Firdaus Farabib aktif dalam menggunakan media sosial untuk sentiasa mengemaskini tentang masjid tersebut menyebabkan sebarang video berkenaan Masjid Al Busyra akan menjadi viral. ​ Beliau menyatakan bahawa beliau menggunakan semua sumbangan yang diterima dari orang awam untuk sentiasa menaiktaraf masjid tersebut tanpa membazirkan sedikitpun sumbangan yang telah diberikan. Hal ini demikian kerana beliau percaya bahawa beliau perlu bertanggungjawab dalam setiap penambahbaikan masjid tersebut untuk menjamin keselesaan para pengunjung yang ingin menunaikan ibadah di masjid. ​ “Saya bersama pihak pengurusan akan sentiasa membantu dalam menyediakan fasiliti yang terbaik supaya sumbangan yang diterima dari orang awam tidak disimpan begitu sahaja. Saya turut mempertimbangkan cadangan dan komen yang diberikan oleh pengguna laman sosial berkenaan Masjid Al Busyra,” tambah beliau lagi. ​ Antara fasiliti yang disediakan ialah ruang taman permainan yang disediakan untuk kanak-kanak yang datang ke masjid tersebut. Bahkan juga, turut terdapat kafeteria, restoran nasi Arab, kandang kuda dan gelanggang silat di masjid itu. ​ Salah seorang pengunjung, Alif Najmi, 32 tahun, menyatakan bahawa kemudahan seperti taman permainan mini yang disediakan oleh pihak masjid sangat memudahkannya untuk menunaikan kewajipan solat tanpa perlu risau akan keselamatan anaknya, Muhammad Hadif, 6 tahun, memandangkan beliau seringkali membawa anaknya ke masjid. ​ “Dengan pengawasan yang disediakan oleh pihak masjid semasa kanak-kanak bermain di taman permainan tersebut telah membuatkan saya lebih tenang dan yakin untuk menunaikan ibadah,” tambah Hadif lagi. ​ Beliau juga berharap agar pihak masjid terus mengekalkan petugas masjid yang ditugaskan untuk mengawasi kanak-kanak yang bebas bermain di taman permainan itu. Hal ini demikian kerana beliau turut risau dengan kes penculikan kanak-kanak yang mungkin boleh berlaku di mana-mana sahaja. ​ Muhammad Afif Rusli, 21 tahun, yang berasal dari Kelantan menyatakan bahawa ini adalah kali pertama beliau mengunjungi Masjid Al Busyra. Beliau agak terkejut kerana melihatkan keunikan yang dibawa oleh masjid ini jika dibandingkan dengan masjid lain. “Saya tidak pernah terbayang bahawa masjid ini mempunyai kendang kuda dan gelanggang silat. Mungkin masjid ini adalah antara masjid luar bandar yang agak unik dan berpotensi menjadi tarikan lebih ramai pengunjung pada masa akan datang,” tambah Afif lagi. Beliau memberitahu ada beberapa orang pesilat yang sedang berlatih bersilat di gelanggang silat pada hari sebelumnya. Hal ini bukan sahaja boleh menjadi tarikan pengunjung luar, malah boleh menjadi tempat menimba ilmu pengetahuan. “Saya dapat lihat terdapat banyak gerai makanan yang dibuka di sini sehingga ia boleh menjadi salah satu peluang pekerjaan kepada anak muda di sekitar sini,” katanya ketika ditemubual di sebuah Al Busyra Bistro di perkarangan masjid tersebut. Dari media sosial seperti TikTok dan Instagram, rata-rata pengguna memuji tindakan pihak pengurusan yang sentiasa menitikberatkan dan mempertimbangkan cadangan yang diusulkan walaupun hanya dari ruangan komen di media sosial. ​ Antara pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak pengurusan masjid terhadap sinki dan tempat mengambil wuduk. Gambar oleh Nuril Izni Zakaria. Muhammad Afif ketika berkunjung ke kandang kuda di Masjid Al Busyra. Gambar oleh Nuril Izni Zakaria. Text: Nuril Izni Zakaria/Photo: Nuril Izni Zakaria

  • Events around campus 4 | Berita Kampus Daily

    Event Ditulis pada 1 April 2024 DERMA DARAH SEBAGAI SATU SEDEKAH DI BULAN RAMADAN Tidak ketinggalan juga staf USM yang turut serta dalam program derma darah yang dilaksanakan di Pusat Islam, USM. (Oleh Nuril Izni Zakaria) KAMPUS INDUK, 1 April – Program derma darah di Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) telah dianjurkan pada 1 April 2024 oleh Jabatan Keselamatan USM dengan kerjasama Pusat Sejahtera USM dan Hospital Pulau Pinang. ​ Penolong Pegawai Tadbir JK, Ikhwan Niza menyatakan bahawa program derma darah kali ini lebih istimewa dan menarik memandangkan ianya dijalankan pada waktu malam di bulan Ramadan dan terbuka kepada orang awam. ​ “Saya yakin menderma darah di bulan Ramadan boleh menjadi satu sedekah yang besar di samping ia dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa yang memerlukan bekalan darah di hospital”, tambah beliau. ​ Beliau turut menyatakan bahawa 1 April merupakan hari kedua program ini diadakan memandangkan pada hari pertama iaitu pada 14 Mac tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur. ​ Jururawat Pusat Sejahtera USM, Nur Zahirah Saidin menyatakan pihaknya hanya menerima seramai 33 orang sahaja penderma yang layak sahaja pada tarikh 14 Mac. ​ “Kebanyakan mereka adalah penderma dari kumpulan darah O. Hanya 2 orang penderma sahaja mempunyai kumpulan darah AB. Pihak hospital ingin mencari penderma darah AB memandangkan kuantiti stok darah AB kurang di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang”, kata beliau lagi. ​ Beliau turut bersyukur kerana orang awam tidak melepaskan peluang untuk menyertai program derma darah ini. Secara tidak langsung, terdapat peningkatan terhadap jumlah penderma yang layak menderma pada hari tersebut. ​ “Saya berharap agar jumlah stok beg darah yang diterima pada hari ini akan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak hospital. ​ Hal ini kerana bukan senang untuk kita mencari penderma yang layak untuk menderma darah kerana mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum menderma”, katanya lagi. Salah seorang siswi sedang menderma darah dengan dibantu oleh petugas dari Hospital Pulau Pinang. (Oleh Nuril Izni Zakaria) Salah seorang penderma Sri Shrutika, Sains Farmasi 2, menyatakan bahawa ini adalah pengalaman pertama beliau dalam menderma darah pada waktu malam di bulan Ramadan. ​ “Saya turut menganggap bahawa menderma darah pada bulan Ramadan sebagai salah satu cara untuk bersedekah tanpa menggunakan wang dan ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja”, tambah beliau lagi. ​ Beliau turut mengatakan bahawa ini kali pertama beliau melihat program derma darah di USM mendapat jumlah penyertaan yang tinggi dari orang awam. ​ “Hal ini mungkin kerana program ini dijalankan pada waktu malam dan selepas waktu umat Islam menunaikan solat di masjid. Ini merupakan peluang yang baik untuk menerima lebih banyak penderma yang layak untuk menderma memandangkan jumlah siswa-siswi tidak begitu ramai kerana tidak berada di kampus”, kata beliau. ​ Program derma darah ini berlangsung di Dewan Muzakarah Pusat Islam USM bermula pukul 9.00 malam ini terbuka kepada siswa-siswi USM dan orang awam. ​ Teks: Nuril Izni Zakaria/Foto: Nuril Izni Zakaria Dikeluarkan pada 1 April 2024 ​

  • Issue 7 | Berita Kampus Daily

    Issue Written on 28th March 2024 UNEASINESS IN MINDEN DUE TO CATS MAIN CAMPUS, - 28 March, 2024 - The study area in USM, Minden, D18 known for being a place for revision is often visited by several free roaming cats. However, this joyful atmosphere has been disrupted due to complaints from students about the smell coming from these cats which causes discomfort and disturbs their focus while studying. Muhammad Dinie Ifwat, Language, Literacy, and Translation 3, stated that while the presence of cats is an interesting idea, he is concerned about cleanliness and the odor which makes it challenging for him to come here and revise. "I hope that the responsible parties take initiative to ensure that this study area is always kept clean and that the cats are well taken care of," he added. One of the cats spotted inside Minden. (Picture by Muhammad Nizamuddin) Nur Syabila Rahman, Management 3, also mentioned that the cat odor makes her less focused and gives her headaches whenever she is in the study area. "I love cats but I don't think it's suitable to have cats in the study area. We also don't know if there are students who have asthma or allergies to cats," said Syabila. Although cats are considered friendly animals, their presence in the Minden study area raises questions about cleanliness and the comfort of the space. The discomfort experienced by students in Minden due to the cat odor has become a highlighted issue. Students are awaiting the best initiative from the responsible parties to resolve this problem and ensure that the study area in Minden remains clean and comfortable. ​ Text: Muhammad Nizamuddin/Photo: Muhammad Nizamuddin Created on 28 March 2024

  • List of sustainability news | Berita Kampus Daily

    Sustainability "Stay informed with the latest updates on sustainability! Our news coverage brings you cutting-edge developments, innovative solutions, and inspiring stories from around the world, highlighting efforts to create a greener, more sustainable future in Universiti Sains Malaysia. PULIHARA calls for instant awareness of the lives of endangered sea turtles By Sumayya Fauzi Collaboration of ELS and BELAS to support and instil care for cats of Minden. By Sumayya Fauzi The Bricks fokus bidang keusahawanan bagi siswa siswi USM Oleh: Nuril Izni Zakaria Protect our mother Earth By: Chen Ke En Persatuan Kebuadayaan India's (PKI) free food distribution promotes SDG By Thanam Parthiban USM Students practicing sustainable fashion by indulging in pre-loved culture By: Sharvena a/p Kanapathy

  • vaccine-jiayi | Berita Kampus Daily

    Issue Written on 25th May 2024 SECURE YOURSELF NOW WITH HPV VACCINE The vaccine has been fully administered to students under clean conditions and following current procedure. ( Picture by Che Jia Yi) Main Campus, 25th April- The National Cancer Society Malaysia (NCSM) partnered with Universiti Sains Malaysia (USM) to provide 120 doses of the HPV vaccine for students. The vaccination drive was held at Dewan Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) USM from 8:00 a.m. to 1:00 p.m. The event offered free registration for students, allowing them to walk in and receive the vaccine. ​ The HPV (Human Papillomavirus) vaccine significantly reduces the risk of developing various types of cancer, such as cervical, anal, vaginal, vulvar, penile, and oropharyngeal cancers, by preventing HPV infection, as this virus is strongly linked to these cancer types. By receiving the HPV vaccination, students can effectively reduce their exposure to the virus, thereby preventing HPV-related health issues. This proactive approach to vaccination not only safeguards individual health but also contributes to the broader goal of reducing the burden on the healthcare system. ​ By receiving the HPV vaccination, students can effectively reduce their exposure to the virus, thereby preventing HPV-related health issues. This proactive approach to vaccination not only safeguards individual health but also contributes to the broader goal of reducing the burden on the healthcare system. ​ Program Executive, Premitha said HPV vaccine serves as an essential means of preventing HPV infections and related health complications, such as cancer and genital warts. Beyond safeguarding individual well-being, its widespread adoption leads to enhanced public health outcomes and diminished healthcare expenditures. This campaign aims to raise awareness among students and the public about the significance of HPV vaccination. By educating individuals about the benefits of vaccination in preventing HPV infections and associated health problems ​ “Raising awareness about HPV vaccination among girls aged 13 to 30, as well as youngsters with disabilities (OKU) aged 9 to 30, is essential for they to take care the health and well-being. The Ministry of Health Malaysia (KKM) and the National Cancer Society Malaysia (NCSM) are instrumental in disseminating information and orchestrating vaccination campaigns tailored to these demographics. By collaborating with schools, matriculation programs, and colleges, these organizations can effectively spread awareness about the importance of HPV vaccination”, said Premitha. ​ Student, Chan Mei Xiu, Housing Building, Planning, 3 said she noticed this campaign through her peers' discussions and recognized the importance of the principle ‘prevention is better than cure’, so she decides to take HPV vaccine. All of us understand that female diseases, such as those associated with HPV, are prevalent and can cause significant trouble, so she has decided to take the HPV vaccine as a proactive measure. This decision reflects a proactive approach to health and well-being, aligning with the idea that prevention through vaccination is preferable to dealing with the consequences of disease later. ​ Understanding the benefits of the HPV vaccine helps people make smart choices about their health. Ignoring vaccines can lead to health problems, so it is important to stay informed and take preventive action. The vaccination area is clean, and professional staffs ensure cleanliness to prevent bacterial infections. ( Picture Che Jia Yi) Text: Che Jia Yi/ Photo: Che Jia Yi Created on 25th May 2024

  • MPD restu-izni | Berita Kampus Daily

    Issue Written on 25th May 2024 MPD RESTU AMBIL LANGKAH UNITY CYCLE BENTUK SISWA-SISWI PRATIK SDG Antara baju dan beg yang dikumpulkan oleh MPD Restu dalam program Unity Cycle. Gambar oleh Nuril Izni Zakaria. KAMPUS INDUK, 25 Mei 2024 – Unity Cycle merupakan program yang bertemakan kitar semula telah dilancarkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) bermula dari 19 April hingga 1 Julai 2024 di Desasiswa Restu Universiti Sains Malaysia (USM). ​ Program ini berkolaborasi dengan Green Resource Recovery Sdn. Bhd. yang berada di bawah SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) dimana mereka akan datang pada setiap hujung bulan ke Desasiswa Restu untuk membeli dan mengutip barangan yang boleh dikitar semula. ​ Pengarah Projek bagi Unity Cycle, Intan Amiera Farisha Binti Sharuddin, Teknologi Industri 1, menyatakan bahawa program ini diilhamkan dari program Restu Alam yang pernah diadakan sebelum ini. Restu Alam ialah program mengumpul plastik botol di setiap aras M01 dan M02. ​ “Program Unity Cycle ini berfokuskan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ke-12 iaitu Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (Responsible Consumption and Production). Program ini bukan sahaja memfokuskan pengumpulan plastik botol malah memfokuskan pada pengumpulan kertas, tin aluminium, pakaian dan juga minyak terpakai,” tambah Intan. ​ ​ Salah seorang staf USM yang turut-serta dalam mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula di Kafeteria Restu Saujana. Gambar oleh Nuril Izni Zakaria. Beliau turut menyatakan barangan kitar semula akan dibawa dan dibeli oleh Green Resource Recovery Sdn. Bhd. ke pejabat utama mereka iaitu di negeri Kedah. ​ “Memandangkan matlamat dan sasaran utama program Unity Cycle adalah untuk memelihara alam sekitar dengan mengadakan aktiviti pengurusan sisa pepejal di sekitar kawasan Desasiswa Restu, saya amat berharap agar lebih banyak penyertaan daripada siswa-siswi USM pada masa akan datang. Siswa USM, Luke Teoh Rong Guang, Language, Literacies and Translation 3, menyatakan bahawa program ini bukan sahaja dapat menanamkan sifat keprihatinan terhadap alam sekitar dalam diri siswa-siswi USM, namun program ini merupakan cara termudah untuk mendapatkan mata MyCSD. ​ “Saya dan rakan-rakan telah mengumpulkan beberapa botol plastik dan pakaian yang tidak digunakan untuk dikitar semula semasa pengumpulan barangan kitar semula di Kafeteria Restu Saujana pada setiap petang Jumaat dan Sabtu,” katanya lagi. Luke juga menyokong idea yang dipratikkan oleh MPD Restu dalam mempromosikan penggunaan SDG 12 dalam kehidupan harian. ​ “Namun begitu, saya berharap agar pihak MPD Restu mempertimbangkan untuk menjalankan program ini dengan lebih meluas lagi seperti menjalankan pengumpulan barangan kitar semula di kafeteria desasiswa lain supaya dapat mencapai lebih banyak penyertaan dari siswa-siswi USM. Hal ini demikian kerana Kafeteria Restu Saujana terletak agak jauh dari kawasan yang strategik untuk siswa-siswi datang dan menghantar barangan kitar semula,” tambah Luke. ​ Beliau menyeru siswa-siswi termasuklah staf USM untuk turut-serta dalam program yang dapat melatih diri dalam mempratikkan SDG serta memberikan peluang untuk mendapat mata MyCSD bagi siswa-siswi yang berdepan kesukaran dalam mendapatkan penempatan desasiswa pada sidang akan datang. Text: Nuril Izni Zakaria/ Photo: Nuril Izni Zakaria Created on 25th May 2024

  • Rapid penang-shar | Berita Kampus Daily

    Issue Written on 6th May 2024 RAPID PENANG INTRODUCES NEW TRIAL ROUTE T310, SPECIALLY FOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) STUDENTS. Vice Chancellor of USM, Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed with the Head of North Region, Rapid Bus Sdn. Bhd., Ahmad Shabuddin Abdullah launching the new route T310 (Picture by Sharvena Kanapathy) MAIN CAMPUS, 6 May – In line with focus on empowering welfare, community and sustainability, on May 6 2024, Universiti Sains Malaysia (USM) and Rapid Penang collaboration launch ceremony was conducted at Padang Kawad USM introducing a new route of T310 service which operates in the campus are, then reaches to Terminal Ekspres Sungai Nibong, Kompleks Bukit Jambul and Queensbay Mall. ​ Present to complete the symbolic launch was the Vice Chancellor of USM, Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed with the Head of North Region, Rapid Bus Sdn. Bhd., Ahmad Shabuddin Abdullah. Also present was the Deputy Vice Chancellor, Industry and Community Network, Professor Dr. Azlan Amran; Deputy Vice Chancellor of Student and Alumni Development Affairs, Professor Dr. Shaharum Shamsuddin and the President of the Student Representative Council, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eiman. ​ According to the Vice Chancellor of USM, Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, this new route will open a new chapter in public transport services in Penang and will directly provide facilities especially for USM students as well as other local residents in this area. ​ “This matter is in line with USM’s focus on empowering welfare, community and sustainability related to various aspects including economic aspects in the state of Penang”, said Abdul Rahman. ​ This route will be implemented for 3 months starting from 2 May 2024 until 31 July 2024, where this service is provided from 6 A.M. to 10.30 P.M with fares from RM 0.90 to RM 2.10. ​ Before starting the trial buses on 2 May 2024, with the collaboration of the society Bike Commute Universiti Sains Malaysia (USM) and Rapid Penang, students were encouraged to get their Mutiara passes for RM 50.00 which can be used for a whole month on 29 April 2024 to 30 April 2024. ​ According to one of the agent of Marketing and Charter Department Rapid Penang, Jaslinna, the main objective of this effort is to encourage students to implement the usage of public transport in their daily lives. ​ “Universiti Sains Malaysia (USM) is getting flooded with cars day by day, as this subconsciously affects our environment so by introducing a route such as these students could travel inside and outside campus which is to Terminal Ekspres Sungai Nibong, Kompleks Bukit Jambul and Queensbay Mall”, said Jaslinna. ​ Jaslinna mentioned that this T310 bus service covers a distance of almost 15 km which has 35 bus stops with the frequency of every 20 to 30 minutes. The President of the Bike Commute Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Amri Md Syukri states that the bike commute society are working together with Rapid Penang to spread about this new effort in much bigger scale through social media such as Whatsapp and Instagram. ​ “Word of mouth is a vital element in getting people to know about this issue, many people are excited about this but they simply just do not know where to start, that is why Bike Commute members are there to guide”, said Amri. ​ Amri also states that once students have their own Mutiara pass they will be more spirited in taking public transport as it is much cheaper compared to other ways of travelling. ​ “We cannot stay ignorant of the amount of cars, motorcycles flooding in USM every day, but we can try to be a sustainable traveler by taking the bus”, said Amri. Jaslinna is explaining about the news bus route T310 to the students (Picture by Sharvena Kanapathy) According to, Sharllyn Anissha Thurairas, School of Biological Sciences, 2, this new service has been very convenient because students usually love spending their time at Bukit Jambul Complex and Queensbay Mall. ​ “Before this I had to walk or take the USM bus and wait outside of the campus bus stop to get a get a bus to Kompleks Bukit Jambul or Queensbay Mall, but whenever my lazniness gets the best of me I end up paying RM 7.00 to RM 10.00 for grab”, says Sharllyn. ​ Sharllyn mentioned that the choice of travelling illustrates the sustainability element around the campus, less reliance on personal vehicles means fewer pollutants like nitrogen oxides that will to improved air quality. Text: Sharvena Kanapathy/ Photo: Sharvena Kanapathy Created on 6th May 2024

  • bricks-izni | Berita Kampus Daily

    Issue Written on 29th April 2024 THE BRICKS FOKUS BIDANG KEUSAHAWANAN BAGI SISWA-SISWI USM Timbalan Naib Canselor Profesor, Dr Shaharom (dari kanan), Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Profesor Dr Azizah Omar dan Pengarah Projek, Muhammad Dinie Ifwat semasa di majlis perasmian program. GAMBAR Nuril Izni Zakaria KAMPUS INDUK, 29 April – The Bricks, Universiti Sains Malaysia telah mengajurkan Program Social Entrepreneurship Festival @ The Bricks iaitu festival makanan pada 23 hingga 26 April 2024 di hadapan The Bricks. ​ Pengarah Projek, Muhammad Dinie Ifwat, Bahasa, Literasi dan Terjemahan 3, menyatakan projek ini bertujuan memberi kesedaran kepada siswa-siswi USM dan orang awam bahawa keusahawanan wujud dalam pelbagai bentuk. ​ Hal ini demikian kerana masih ramai yang belum tahu bahawa ‘keusahawanan sosial’ merupakan medium untuk membantu mengatasi pelbagai isu sosial yang berlaku dalam komuniti di negara ini. ​ “Pihak The Bricks tidak mengeluarkan sebarang modal kerana program yang dijalankan ini adalah atas dasar kolaborasi di mana kedua-dua pihak, The Bricks dan Station Fiesta untuk mendapatkan keuntungan atau ‘win-win situation’,” tambah beliau lagi semasa ditemubual di The Bricks. ​ Beliau turut mengatakan pihak pengurusan The Bricks sememangnya mempunyai rancangan untuk menjalankan pelbagai jenis program lain berfokuskan kepada penyertaan siswa-siswi USM sama ada secara terbuka atau penyertaan wajib sesetengah kumpulan pelajar USM. ​ “Pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini ialah pihak The Bricks dan pihak Sektor Inovasi dan Keusahawanan Pelajar (SIKP) serta Pusat Pembangunan Pelajar. Manakala, Station Fiesta adalah rakan kolaborasi bagi program tersebut,” katanya lagi. ​ Salah seorang pengunjung, Wong Qian Ying, Seni 1, mengatakan bahawa program ini merupakan salah satu alternatif yang baik untuk memberikan pendedahan kepada siswa-siswi USM berkenaan keusahawanan. ​ “Saya melihat ramai peniaga di sini adalah dalam kalangan siswa-siswi USM sendiri. Hal ini secara tidak langsung boleh mengasah bakat mereka dalam dunia keusahawanan memandangkan kita sendiri faham bahawa Malaysia merupakan negara yang kian bergiat aktif dalam dunia keusahawanan,” tambah Wong ketika ditemubual. ​ Selain daripada jualan makanan yang diadakan di sana, The Bricks turut memilih untuk menempatkan ‘booth’ baju terpakai. Dinie menyatakan bahawa pihak beliau mempertimbangkan jualan ‘bundle’ kerana trend semasa di mana golongan belia lebih suka ‘thrifting’ daripada membeli pakaian di pusat beli- belah. ​ “Kita juga perlu mengetahui trend atau perkembangan semasa supaya kita tidak akan ketinggalan dalam bidang keusahawanan memandangkan bidang ini lebih kepada keuntungan dan kerugian,” kata Dinie lagi. ​ Beliau turut berharap agar lebih ramai siswa-siswi USM yang menyertai program yang berkaitan keusahawanan supaya dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang keusahawanan. Antara pengunjung yang menghadiri Program Social Entrepreneurship Festival @ The Bricks. (Gambar oleh Nuril Izni Zakaria) Text: Nuril Izni Zakaria/ Photo: Nuril Izni Zakaria Created on: 29th April 2024

  • Events around campus 2 | Berita Kampus Daily

    Event Written on 8th April 2024 PUSAT ISLAM USM AGIHKAN JUADAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN Gambar menunjukkan suasana program pemberian makanan dan minuman oleh sukarelawan Pusat Islam USM kepada orang ramai di Masjid Al Malik Khalid USM. GAMBAR Ahmad Imran Mohammad Roslani. KAMPUS INDUK, 8 April- Pusat Islam USM mengadakan program pemberian makanan dan minuman kepada komuniti USM sepanjang bulan Ramadhan 1445H iaitu pada 12 Mac sehingga 9 April 2024 di Masjid Al Malik Khalid USM. ​ Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam USM, Muhammad Yazid Mat Johari berkata program iftar ini merupakan pengurusan di dibawah jawatankuasa aktiviti Ramadhan 1445H peringkat USM yang diadakan sepanjang tahun sehingga kini. ​ “Program ini dilaksanakan dengan melibatkan aktiviti berbuka puasa atau iftar, moreh dan juga sahur”, kata beliau. ​ Beliau juga berkata bahawa jumlah untuk penyediaan makanan dan minuman itu bukanlah ditentukan secara rawak, tetapi ia bergantung kepada kehadiran siswa-siswi, staf dan qaryah masjid di USM. ​ “Secara anggaran, purata iftar bagi tahun ini adalah seramai 2000 orang, bagi penyediaan moreh pula sebanyak 300 orang dan sahur, kami menyediakan makanan dan minuman untuk 450 orang bagi 10 malam terakhir Ramadhan”, kata Yazid. ​ Beliau juga mengatakan bahawa program pemberian makanan dan minuman itu diberikan kepada semua orang yang hadir semasa program itu berlangsung tanpa mengira demografi penerima. ​ “Pengagihan makanan dan minuman ini adalah untuk semua orang di USM tanpa mengira agama ataupun bangsa”, katanya lagi. ​ Suasana orang ramai di khemah yang disediakan oleh Pusat Islam USM untuk berbuka puasa di Masjid Al Malik Khalid USM. GAMBAR Ahmad Imran Mohammad Roslani Sains Matematik 2, Muhammad Izzul Hanif berkata program yang diadakan oleh Pusat Islam USM itu sedikit sebanyak menjimatkan perbelanjaan harian, sepanjang bulan Ramadhan beliau berada di USM. ​ “Pemberian makanan ini telah banyak memudahkan urusan saya, bukan sahaja dari sudut untuk mencari hidangan apa yang hendak dimakan ketika berbuka puasa serta sahur, malah ia juga telah merendahkan kos sara hidup saya di USM”, kata Izzul. ​ Ilmu Pendidikan 2, Umi Umairah Safiah Ismail berkata, program itu bukan sekadar menjimatkan perbelanjaan harian, malah ia juga secara tidak langsung mendekatkan beliau dengan Tuhan semasa bulan Ramadhan. ​ “Perkara yang orang lain lihat mungkin hanyalah meringankan bebanan untuk menanggung kos sara hidup di USM, tetapi apa yang saya lihat ialah apabila kita datang untuk mengambil agihan yang diberikan, secara tidak sedar kita akan sertai jemaah yang lain untuk solat Maghrib, Isyak, dan juga Tarawih”, kata beliau. ​ Dianggarkan bahawa terdapat seramai 100 orang sukarelawan yang melibatkan diri dalam program itu yang terdiri daripada staf dan siswa-siswi USM bermula dari pagi sehingga petang. ​ Teks: Ahmad Imran Mohammad Roslani/ Gambar: Ahmad Imran Mohammad Roslani Dikeluarkan pada 9 April 2024 ​

  • e arena - thanam | Berita Kampus Daily

    Sport Written on 19th May 2024 PKI AND E-SPORT ARENA ORGANISED KALAM E-ARENA AN ONLINE GAME COMPETITION Main Campus, 18th & 19th May 2024 - ‘Persatuan Kebudayaan India’ (PKI) and E-Sports Club, USM held Kalam E-Aena for two day,s 18th & 19th May 2024 a virtual fundraising event for an upcoming event Kalam 4.0. Kalam E-Arena is an online game competition with the main purpose of providing opportunities for USM citizens and the general public to understand and engage in the world of e-sports. The main motive of this competition is to improve the understanding of USM citizens and outsiders towards e-sports and give participants the opportunity to be directly involved in the world of e-sports, creating a platform for sharing knowledge and experience. ​ Other than that, this online game competition will be encouraging the development of creative and critical minds among USM citizens and outsiders through participation in e-sports activities as well as and also Encouraging strategic and analytical thinking in e-sports matches, contributing to the improvement of athletes' performance to be more competitive by complying with game ethics. Project director Harrish Arumugam, said the primary objectves of Kalam E-Arena are to create a competitive and exciting platform for Mobile Legends enthusiasts, to discover and nurture emerging esports talent and to promote the growth of the esports community. The platform gives players the chance to compete against elite players, show off their talents, and experience the thrill of esports competition by setting up leagues, tournaments, and events. “Our marketing strategies include leveraging social media platforms like Facebook, Instagram and Twitter to reach the getting community” said by Harrish. He also expressed his gratitude towards the event. “I felt so satisfied and grateful after this event. We aimed to provide an engaging environment where players can connect and celebrate their passion for Mobile Legends, and we did it” said Harrish. The main challenges that we faced is securing sufficient funding to cover prizes. Another challenge is ensuring robust technical infrastructure to support smooth gameplay and broadcasting, as well as maintaining high engagement levels in a competitive and rapidly evolving esports market explained by Harrish. “I didn’t expect the crew members can done the work very well. I appreaciate the crew members input’s and the efforts. This makes the event successful” said Harish “For me, the feedback from the participants is quite satisfactory and there may be many shortcomings in this kind of event because perhaps the participants want the best from the organizers and most of the participants are satisfied with this Kalam E-Arena’ said Vice Project Director, Syukri Asnawin. According to Syukri, the most challenging thing for this event is the lack of crew members when the competition is going on and most of the ajk are not available on that day. The second is the preparation of the match schedule and also there is a weakness in the registration because there are teams that cannot participate in this competition because they did not register the team's information. He mentioned that the way to overcome this problem is to choose a suitable date by choosing a date that is available for both parties between the organizers and the participants. Next, there is always communication with each other that is from both sides so that this event can run smoothly and well.. “In my opinion, the program went smoothly and received an incredible response from a reliable and well-known team. In addition, this competition successfully attracted the interest of other universities to participate in this program and I hope that programs like this can continue in the future,” said Syukri Crew members assembled at Cafe Indah Kembara to conduct the competition Photo by: Thanam A/P Parthiban Crew members guiding the participants throught the game Photo by: Thanam A/P Parthib Text: Thanam a/p Parthib/Photo: Thanam a/p Parthib

  • ainibakker - mayya | Berita Kampus Daily

    Feature Article Written on 31th May 2024 "I DESIGN WHAT I WEAR" BY AINIBAKKER “I Design What I Wear”, a tagline that AiniBakker goes by. A local fashion designer based in Penang island is no stranger to the fashion world. Hailing from the bustling town of Penang, Georgetown, this petite designer has been in the fashion line and industry for the past 30 years since 2010. Ranging from an African, funky and bohemian inspiration to her bold and edgy side of modest creations, Ainibakker is known for her signature pieces, such as the boot pants, toga, poncho and bold jackets which instantly became an interesting element to her identity. “My sense of style is often an interesting fusion of retro and bohemian along with vibrant colours, which undoubtedly brings out the confidence in me and women from all walks of life. My designs are inspired by the beauty of mother nature and the rich cultures from around the globe,” said Ainibakker. Ainibakker said that she compliments her pieces with chunky, metal, wooden beads and jewellery, bold sashes and belts which lend a groovy look along with her ingenious mix-and-match fabrics such as metal, synthetic leather, silk, satin or just about anything that produces authentic style. She added that she is never afraid or doubtful to unleash her flamboyant side, combining vogue, classy and comfortable outfits for daily wear and aligning with her tagline “I Design What I Wear”. ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ Ainibakker’s interest in fashion dates way back to 1994 when her mother was her sole inspiration. “When I was young, my mother would design for me almost every week, so I have a new outfit to don. Ever since then, I enjoy dressing up and so is my passion for fashion that flourishes vigorously to this day,” said Ainibakker. During the 80s, she began to pursue this burning passion of hers at a young age by designing for her friends when she attended an all-girls secondary school. “I designed for my friends back in my high school years, which was in Convent Green Lane. It was not for monetary gains but rather to feast on my passion and help my friends who needed assistance,” said Ainibakker. “I remember designing for a good friend of mine who was going to attend a dinner, and she did not have the money to spend. So I volunteered to design for her,” Ainibakker added. She stated that her designs were stitched without any formal basic knowledge of tailoring and only with the guidance of her mother at the time. She added that although she did not get accepted into fashion school, her passion for fashion designing was spirited and vehement at its core as it is undeniably a natural talent of hers. According to her only daughter, Lisa Mahmoud, 25, her mother was diagnosed with cancer, which forced her to take a long break from the fashion world. “Somewhere in 2008, my mother was battling with cancer while raising me and my older brother, so she took a break from fashion. I know for a fact that my mother is strong regardless of any challenges that come her way. She comes with this energy that everything will be fine and she always advised me that she often finds herself calm in the toughest situation by leaving every decision she makes in the hands of Allah SWT,” said Lisa. Lisa said that her mother’s advice was right as she later got active in the fashion industry after her recovery in 2010. “She begins to flourish and bloom through her passion. My mother has always been talented and fashionable in her ways. The fashion shows she got into profoundly affected the people who saw and observed her designs from afar. They think her designs are just unique and I do too. She was just naturally unique in her way of expressing herself and her creativity. It’s like her designs speak her mind,” said Lisa. ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ In 2010, Ainibakker returned to the fashion line by actively participating in fashion shows. “My very first show was Malaysia Bumiputra Designers Association (MBDA). It was an awesome experience as it was my first time joining other emerging designers and showcasing my creativity. During the show, I showcased my first-ever hand-drawn batik design which received a standing ovation. It was also my only batik piece on that stage and it was surreal,” said Ainibakker. She eventually enjoyed designing while travelling back and forth from Penang to Kuala Lumpur and even out of Malaysia. “I once travelled to Jakarta, Indonesia for the Muslim Fashion Festival (MUFFEST) in 2016. It showcases modern yet modest Islamic outfits. It was an exciting experience at that time as countries around Malaysia collaborated such as Singapore, Brunei and many more,” said Ainibakker. “Along the way, I participated in reputable events in the region such as Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), Islamic Fashion Festival (IFF), Malaysia Fashion Week (MFW), MIHAS, and Stylo Mercedes Fashion Week. Through these shows, I noticed a tremendous evolution in my designs, mostly influenced by nature-like patterns and cultures,” said Ainibakker. Ainibakker added that she has designed for prestigious brands such as Lima Langkawi, EQ, and PLUS with over a decade of experience in the fashion industry. A loyal friend and client of hers, Jamillah Ikhsan, 70, stated that Ainibakker has a very peculiar touch in her pieces that anyone could instantly recognise. “You will know it’s Ainibakker when you see and understand her range of designs, regardless if it is bold and edgy or funky and vibrant. It’s like she has two sides of her personality to her pieces,” said Jamillah. “I have been her regular and loyal customer for years since 1992 when I was lecturing at Universiti Sains Malaysia (USM). I would crave her designs almost every two weeks in a month. Her designs are just contemporary and timeless. I know her very well,” added Jamillah. Ainibakker is currently focusing on entrepreneurial work through her fashion pieces and is working on a “giveback” program. “A giveback program is designing for my previous and loyal clients as gratitude over the years of their never-ending support in my business. Without them and the love of my children, I would not have come this far,” said Ainibakker. Ainibakker has always been at the forefront of fashion, pushing the boundaries with her unique and daring designs that make a statement and her talents don't stop at fashion. She has also been actively involved in various entrepreneurial and lifestyle events since 2010, where her designs have wowed audiences and earned her a reputation as one of the most exciting designers in the industry. Her passion for creativity and innovation is infectious, and her work continues to inspire and captivate all who see it. With her incredible talent and boundless energy, there's no telling where her journey will take her next, but one thing is for sure – it will be nothing short of extraordinary. Ainibakker presented her collection on stage during Malaysia Fashion Week in 2014. (Source by Sumayya Fauzi) Ainibakker’s collection on stage during Kuala Lumpur Fashion Week in 2015. (Source by Helmi Fazalul) An interview held with Ainibakker, a local fashion designer from Georgetown, Penang. (Source by Sumayya Fauzi) Text: Sumayya Fauzi/ Photo: Sumayya Fauzi/Helmi Fazalul

LOGO.png
logo-usm-baru-transparent-removebg-preview.png

C10, Balai Media, School of Communication, 10, Lengkok Sastera, 11800 Gelugor, Pulau Pinang

04-6533600

Stay informed, with us 

Thanks for subscribing!

bottom of page